awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium sebulan untuk penyewa premis perniagaan, kediaman kerajaan Kedah

Bernama
Bernama
31/05/2021
10:51 MYT
Moratorium sebulan untuk penyewa premis perniagaan, kediaman kerajaan Kedah
Muhammad Sanusi berkata, penangguhan bayaran pinjaman atau moratorium untuk bulan Jun berkenaan dijangka memberi implikasi kewangan sebanyak RM500,000 kepada kerajaan negeri.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama sebulan kepada semua penyewa premis perniagaan dan kediaman milik kerajaan negeri, bagi meringankan beban rakyat susulan pelaksanakan sekatan pergerakan penuh bermula 1 hingga 14 Jun ini.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata penangguhan bayaran pinjaman atau moratorium untuk bulan Jun berkenaan dijangka memberi implikasi kewangan sebanyak RM500,000 kepada kerajaan negeri.
"Selain itu kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil sehingga RM5,000 bagi setiap peminjam," katanya kepada pemberita dalam sidang media melalui aplikasi Zoom di sini,hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan menyediakan 15,000 bakul makanan melibatkan kos sebanyak RM2.89 juta, untuk diagihkan kepada 12 Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh negeri ini bagi membantu rakyat yang terputus bekalan makanan.
"Sebanyak RM50,000 juga akan dibekalkan untuk setiap PKOB bagi persediaan khas seperti menyediakan keperluan lampin pakai buang atau susu untuk ahli keluarga yang sakit atau uzur," katanya.
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga akan membelanjakan antara RM350,000 hingga RM400,000 untuk tujuan penambahan ujian saringan COVID-19 secara bersasar oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
"Kita anggar boleh tambah 200 hingga 300 ujian sehari dalam masa dua minggu untuk buat swab (dikendalikan klinik swasta), di sasaran yang dikenal pasti JKN, " katanya.
Sementara itu ditanya mengenai keupayaan kapasiti tempat penyimpanan jenazah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, beliau berkata setakat ini memang sudah ada perancangan untuk menyewa kontena jika jumlah kematian di hospital berkenaan meningkat.
"Peti simpanan jenazah di HSB ada 18... buat masa ini boleh tampung lagi, kalau ada keperluan JKN akan buat tempahan (kontena) yang sewanya RM48,000 (sebuah) untuk tempoh enam bulan," katanya.
Mengenai suntikan vaksin, katanya setakat ini sebanyak 107,457 rakyat Kedah sudah menerima suntikan dos pertama, manakala sebanyak 63,746 sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan.
"Kita sasarkan pada tengah atau akhir Jun bekalan vaksin akan sampai dalam kuantiti banyak dan JKN akan susun untuk menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan beberapa klinik swasta sudah memohon untuk menjadi PPV," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#Moratorium
#penangguhan bayaran
#pinjaman
#penyewa
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan