awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
04/06/2024
09:11 MYT
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika sidang media pada program Halal on Track@Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.
"Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perniagaan langsung dengan Israel. Isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia keseluruhannya dan saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Halal on Track @ Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Ahad lepas Ahmad Zahid dilapor berkata siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri perlu disegerakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontena syarikat Israel
#berlabuh di negara ini
#Zahid Hamidi
#Kementerian Pengangkutan
#MOT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan