awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC lancar pakej cuti penjawat awam, pesara kerajaan

Bernama
Bernama
31/10/2021
12:02 MYT
MOTAC lancar pakej cuti penjawat awam, pesara kerajaan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Pakej Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia, hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara, dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara, termasuk 1.2 juta ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan 700,000 pesara kerajaan.
"Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini, diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik, sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.
"Sehingga kini sebanyak 457 pakej telah dibangunkan, melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun tahun depan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Nancy berkata selain pakej penginapan, para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus.
"Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi," katanya.
Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#Tourism Malaysia
#Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan