awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC pergiat promosi Tahun Melawat Malaysia ke pasaran Eropah - Tiong

Bernama
Bernama
12/03/2026
13:54 MYT
MOTAC pergiat promosi Tahun Melawat Malaysia ke pasaran Eropah - Tiong
Tiong King Sing berkata, langkah tersebut antara strategi kementerian untuk mempromosikan pelancongan negara susulan perkembangan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempergiat promosi di beberapa pasaran utama termasuk Eropah, Asia dan ASEAN dalam memastikan sasaran kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dapat dicapai.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah tersebut antara strategi kementerian untuk mempromosikan pelancongan negara susulan perkembangan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
“MOTAC serta semua agensi di bawahnya akan duduk berbincang menyusun semula strategi dan sekarang kita akan tumpu (pasaran) Eropah, Asia dan ASEAN,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan Bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di sini, pada Khamis.
Tiong berkata, strategi itu penting bagi memastikan sektor pelancongan negara kekal berdaya tahan selain mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif di peringkat antarabangsa.
Pada Rabu, Tiong berkata, MOTAC mengadakan mesyuarat hari ini (Khamis) bagi membincangkan strategi baharu bagi mempromosikan TMM 2026, susulan ketegangan di Asia Barat.
Mesyuarat dalaman itu diadakan bersama pihak berkepentingan industri pelancongan bagi meneliti perkembangan semasa, di samping menyusun semula strategi promosi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#MOTAC
#TMM 2026
#konflik Asia Barat
#promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan