awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

Astro AWANI
Astro AWANI
22/03/2026
17:06 MYT
MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, pada Sabtu. - Stadium Astro
Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif dalam kempen musim ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 pusingan susulan kemalangan yang berlaku.

Perlumbaan yang bermula dengan penyertaan 24 pelumba itu menyaksikan hanya 12 pelumba kembali bersaing dalam lima pusingan penentuan selepas insiden berkenaan.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Máximo Quiles, yang menewaskan Marco Morelli dari Argentina dengan kelebihan tipis 0.143 saat (s).

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang menamatkan perlumbaan 1.650s di belakang juara.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Hakim Danish Ramli
#GP Brazil
#Moto3
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan