awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh

Bernama
Bernama
10/02/2026
12:20 MYT
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MPC memaklumkan usaha itu dilaksanakan menerusi TWGHC yang berperanan sebagai platform libat urus strategik antara kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri bagi menangani isu pasaran buruh yang memberi kesan langsung kepada pertumbuhan produktiviti nasional, khususnya dalam mendepani cabaran perubahan ekonomi dan kemajuan teknologi.

Ringkasan AI
  • Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkukuh kerjasama kerajaan dan industri untuk menangani isu pasaran buruh yang mempengaruhi produktiviti nasional.
  • Sesi libat urus TWGHC 2026 memberi fokus kepada cabaran utama pertumbuhan produktiviti termasuk jurang kemahiran dan kebolehsuaian tenaga kerja.
  • Kerjasama strategik MPC dan industri bertujuan membangunkan tenaga kerja Malaysia yang lebih produktif dan responsif terhadap keperluan ekonomi semasa dan masa hadapan.

MPC dalam kenyataan hari ini memaklumkan usaha itu dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Teknikal Kumpulan Kerja Modal Insan (TWGHC) yang berperanan sebagai platform libat urus strategik antara kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri.
Kenyataan itu menyatakan sesi libat urus TWGHC 2026 yang diadakan baru-baru ini memberi tumpuan kepada cabaran utama pertumbuhan produktiviti termasuk jurang kemahiran, kekangan bekalan bakat serta keperluan meningkatkan kebolehsuaian tenaga kerja dalam persekitaran ekonomi yang semakin dinamik.
"Melalui pengukuhan kerjasama pendekatan yang diselaraskan oleh MPC, TWGHC berfungsi sebagai pemudah cara dalam menterjemahkan input industri kepada cadangan penambahbaikan dasar dan tindakan susulan yang lebih tersusun, praktikal dan berimpak," menurut kenyataan itu.
Menurut MPC, sesi libat urus TWGHC 2026 telah memperkukuh kerjasama strategik Kerajaan dan industri ke arah pembangunan tenaga kerja Malaysia yang lebih produktif, berdaya tahan dan responsif terhadap keperluan ekonomi semasa dan masa hadapan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah MPC Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata input industri berasaskan realiti daripada sesi libat urus berkenaan amat penting dalam memperkukuh penjajaran dasar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan polisi di peringkat industri.
Sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#MPC
#Pasaran buruh
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan