awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPN cadang PM Ismail Sabri manfaatkan kepakaran, daya intelek di IPT tadbir negara

Bernama
Bernama
24/08/2021
20:57 MYT
MPN cadang PM Ismail Sabri manfaatkan kepakaran, daya intelek di IPT tadbir negara
MPN ingin melihat negara mempunyai barisan ahli-ahli Kabinet yang dihormati berasaskan integriti tinggi dan keikhlasan memperjuang nasib rakyat dan mudah didekati.
KUALA LUMPUR: Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan kepakaran, daya intelek, pengetahuan dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi untuk mengurus pentadbiran negara.
Menurut MPN dalam kenyataan semalam, kerajaan baharu Malaysia sewajarnya menjadikan pengetahuan dan penyelidikan sebagai asas pentadbiran, penggubalan dasar dan program-program strategik negara.
"MPN percaya Malaysia kini sudah pun mempunyai jumlah tenaga pakar yang mencukupi dan berwibawa dalam pelbagai bidang bagi membantu kerajaan dan negara dalam mengurus hala tuju dan agenda pembangunan negara.
"Dalam konteks ini, MPN berikrar untuk memberikan segala bentuk sokongan dan kerjasama kepada pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha menangani masalah semasa di samping untuk terus meningkatkan pencapaian dalam pembangunan, kestabilan dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Menurut MPN, sudah tiba masanya ilmuwan Malaysia berganding bahu membangunkan prinsip konsensus nasional, mengangkat konsep politik akamodasi dalam kerangka tindakan berteraskan gagasan 'Malaysia Kita' yang dianjurkan Perdana Menteri.
MPN turut mezahirkan harapan supaya pemilihan jemaah Kabinet baharu adalah berlandaskan matlamat membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19, membina semula ekonomi negara serta menjamin kesejahteraan dan kehidupan rakyat.
"MPN dan seluruh rakyat Malaysia ingin melihat negara mempunyai barisan ahli-ahli Kabinet yang dihormati berasaskan integriti tinggi dan keikhlasan untuk memperjuang nasib rakyat dan mudah didekati," katanya.
MPN turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mempelajari apa yang tersurat dan tersirat daripada pengalaman menghadapi kekusutan politik dan krisis kepimpinan negara serta memastikan negara dan rakyat tidak menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Profesor Negara
#Institusi Pengajian Tinggi
#ismail sabri yaakob
#tenaga pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan