awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak

Bernama
Bernama
15/04/2022
11:36 MYT
MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard untuk pengembara yang dipermudah akan menggalakkan lebih ramai pelancong kembali mengunjungi negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard untuk pengembara yang dipermudah akan menggalakkan lebih ramai pelancong kembali mengunjungi negara ini.
Beliau berkata difahamkan 50 syarikat penerbangan kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ini merupakan petanda baik.
"Pelawat juga lebih 250,000 orang sehingga hari ini tapi jumlah itu masih rendah daripada sasaran. Setelah negara ditutup kepada dunia sekian lama, kita tidak boleh jangka dua minggu mencacak naik," katanya kepada media selepas meninjau situasi di KLIA hari ini.
Muhyiddin berkata proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum negara pulih seperti dahulu.
Beliau berkata memandangkan sektor pelancongan, yang menyumbang RM80 bilion setahun kepada negara, adalah antara yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19, satu taklimat akan diadakan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi meneliti proses pemulihan sektor itu yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk kembali pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPN
#Majlis Pemulihan Negara
#pemulihan ekonomi
#pembukaan semula sempadan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan