awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPS gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap alat pengukur tekanan darah tidak berdaftar

Bernama
Bernama
03/04/2026
09:33 MYT
MPS gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap alat pengukur tekanan darah tidak berdaftar
Amrahi berkata berdasarkan latihan saringan dalaman sebuah rangkaian farmasi pada 2025 yang memeriksa 10,081 peranti bagi ketepatan, sebanyak 31 peratus didapati tidak berdaftar dengan MDA. - Gambar fail
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) menggesa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan bersepadu, susulan kebimbangan terhadap lambakan alat pengukur tekanan darah (BPM) tidak berdaftar dan disyaki tiruan di pasaran dalam talian dan luar talian, termasuk platform e-dagang.
Presiden MPS Prof Amrahi Buang berkata adalah penting untuk memastikan hanya peranti yang didaftarkan dengan betul dan boleh dipercayai tersedia di pasaran bagi melindungi hasil rawatan pesakit serta mengekalkan kepercayaan awam terhadap penjagaan kesihatan.
Beliau berkata keadaan itu berpunca daripada peranti berkenaan dijual dalam persekitaran apabila identiti penjual, status pelesenan dan kebolehkesanan produk mungkin tidak jelas, sekali gus menimbulkan potensi risiko kepada kesihatan awam.
“Alat pengukur tekanan darah ialah peranti perubatan dan pendaftaran serta kebolehkesanan peranti adalah langkah perlindungan penting bagi keselamatan awam.
“Ahli farmasi, khususnya bimbang penggunaan peranti yang tidak tepat atau tidak disahkan boleh mengakibatkan bacaan tekanan darah yang salah, kelewatan intervensi klinikal dan risiko terhadap keselamatan pesakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amrahi berkata berdasarkan latihan saringan dalaman sebuah rangkaian farmasi pada 2025 yang memeriksa 10,081 peranti bagi ketepatan, sebanyak 31 peratus didapati tidak berdaftar dengan MDA.
“Terdapat juga laporan daripada amalan klinikal bahawa pesakit yang menggunakan alat pengukur tekanan darah disyaki tiruan, kemudiannya didapati mengalami tekanan darah yang tidak terkawal dengan baik, sekali gus menimbulkan kebimbangan bacaan di rumah yang tidak tepat boleh melengahkan peningkatan rawatan yang sepatutnya atau susulan.
“Kebimbangan ini menekankan keperluan kepada pengawasan kawal selia, penguatkuasaan dan kesedaran awam yang lebih kukuh bagi memastikan ketepatan, kebolehpercayaan dan kebolehkesanan peranti,” katanya.
Amrahi berkata orang ramai boleh mengesahkan peranti perubatan berdaftar dan premis berlesen melalui daftar MDA.
Beliau berkata dalam usaha melindungi kesihatan awam, MPS menyokong langkah seperti tindakan segera terhadap penjualan BPM yang tidak berdaftar dan disyaki tiruan di seluruh pasaran dalam talian serta saluran runcit terbuka.
“Pertimbangan juga perlu diberikan kepada kawalan lebih ketat terhadap pengedaran BPM melalui saluran yang dibenarkan dan boleh dikesan, iaitu panduan profesional, kaunseling pesakit dan kebolehkesanan produk dapat dipastikan dengan lebih baik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata MPS kekal komited untuk bekerjasama dengan pengawal selia, penyedia penjagaan kesihatan, farmasi dan rakan industri bagi menegakkan standard profesional serta mempertingkatkan keselamatan pesakit di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#E-dagang
#alat pengukur tekanan darah
#farmasi
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan