awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTUC minta bank sediakan lebih banyak wang kertas RM10 dalam ATM

Bernama
Bernama
03/11/2013
05:34 MYT
MTUC minta bank sediakan lebih banyak wang kertas RM10 dalam ATM
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa bank menyediakan wang kertas RM10 secukupnya dalam mesin juruwang automatik (ATM) masing-masing untuk kemudahan pekerja berpendapatan rendah.
Naib presidennya A. Balasubramaniam memberitahu MTUC menerima banyak aduan daripada golongan itu bahawa mereka tidak dapat mengeluarkan wang sekiranya mempunyai baki simpanan kurang RM50.
Menurut beliau kini sudah menjadi amalan bagi sektor swasta membayar gaji melalui akaun bank dan walaupun MTUC menyokong langkah itu, tetapi ia mempunyai sedikit kelemahan yang perlu diatasi.
Katanya bagi kebanyakan pekerja, mengeluarkan wang RM10, RM20 atau RM30 adalah perkara biasa, tetapi mereka sering tidak dapat berbuat demikian kerana ATM tidak mempunyai wang kertas RM10 secukupnya.
Oleh itu, beliau meminta Bank Negara memberi perhatian terhadap perkara ini dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja berpendapatan rendah.
Topic Berkaitan
#MTUC
#RM10
#wang kertas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan