awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muallim daerah terbaharu di Perak dilanda banjir

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/10/2024
00:15 MYT
Muallim daerah terbaharu di Perak dilanda banjir
Anggota pasukan keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir di Gerik, Perak.
IPOH: Muallim menjadi daerah terbaharu di Perak dilanda banjir selepas Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Seramai lapan orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke Dewan Kemas Kampung Rasau apabila rumah mereka di Kampung Rasau Tengah, Slim River dinaiki air kira-kira 1.5 meter.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.50 pagi.
Menurutnya, terdahulu pihak bomba turut menerima panggilan mengenai kejadian banjir di Gerik bermula di Jalan Felda Kampung Bagan Lawin diikuti Kampung Tanjung Kasau dan Kampung Kenayat.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.15 malam mengenai banjir di kampung-kampung yang dinaiki air kira-kira 1.5 meter.
Sabarodzi berkata, terdapat 11 orang mangsa dari tiga buah rumah yang terjejas banjir dan mereka telah dipindahkan ke PPS SMK Sultan Idris Shah II.
Di samping itu, tambah beliau, pihaknya turut menerima panggilan kira-kira jam 12.52 pagi mengenai kejadian banjir di Kampung Malau, Lenggong.
Sehingga kini, terdapat tujuh mangsa dari dua buah rumah di kampung itu dipindahkan ke PPS SMK Kenering di Pekan Lawin yang baru dibuka selepas rumah mereka dinaiki air kira-kira 1.2 meter.
Sementara itu, beberapa buah kampung di Pengkalan Hulu turut dilanda banjir, kesemuanya berada di dalam Mukim Kerunai malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Mohamad Amin Roslan berkata, kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Plang dan Kampung Pahit.
Menurutnya, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Plang dibuka untuk menempatkan 13 keluarga dan mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk.
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#daerah Muallim
#Dewan Kemas Kampung Rasau
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan