awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, buruh direman tiga hari

Bernama
Bernama
18/01/2017
10:35 MYT
Muat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, buruh direman tiga hari
Penahanannya dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul susulan satu laporan polis oleh orang awam. - Gambar hiasan
Seorang buruh direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin lalu.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Noor Hidayah Manaf di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini hingga 20 Jan.
Perintah reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan, berkata suspek ditahan di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam tadi.
Penahanannya dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul susulan satu laporan polis oleh orang awam di Johor pada Isnin, berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menggunakan akaun Facebook bernama Mohd Ashraff.
Wan Ahmad Najmuddin berkata polis menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.
Katanya polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat kenyataan berkenaan.
Bernama difahamkan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu berasal dari Taiping, Perak namun telah lama menetap di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor, berkata di sebalik tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa, segelintir individu terus berdegil mengeluarkan kenyataan menghina dan mengaibkan sesetengah pihak termasuk terhadap raja. -- Bernama
Topic Berkaitan
#berita Malaysia
#kenyataan jelik
#lelaki direman
#Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan