awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muda adakan pemilihan sulung parti sesi 2026/2029 hari ini

Astro AWANI
Astro AWANI
14/03/2026
03:06 MYT
Muda adakan pemilihan sulung parti sesi 2026/2029 hari ini
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang berlangsung di Bangunan Peladang PJ pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengadakan pemilihan parti buat kali pertama bagi sesi 2026/2029 menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 pada Sabtu.
Pemilihan yang bertempat di Bangunan Peladang, di sini dimulakan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz pada jam 9 pagi, disusuli sidang media serta sesi bergambar pada jam 11 pagi.
Keputusan pemilihan parti dijangka diumumkan kira-kira jam 4.45 petang ini, diikuti sidang media serta sesi bergambar kepimpinan Muda yang baharu bagi sesi 2026/2029.
Sebelum pemilihan dijalankan, parti itu bakal membentangkan laporan tahunan serta ucapan daripada perwakilan Muda setiap negeri.
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan Pengerusi PSM Perak, Bawani KS.
Bekas Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilihat hadir sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan baharu yang bakal dipilih hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu pada 2 Mac lalu mengesahkan tidak akan bertanding dalam pemilihan sulung Muda susulan kes mahkamah yang dihadapinya masih berjalan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, alasan utama yang menghalangnya bertanding adalah kerana ikrarnya untuk membersihkan nama daripada tuduhan penyelewengan terlebih dahulu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#muda
#agm
#pemilihan parti
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan