awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDERN tulang belakang Sarawak bangkit daripada kemelut COVID-19 - Awang Tengah

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
23/12/2021
06:05 MYT
MUDERN tulang belakang Sarawak bangkit daripada kemelut COVID-19 - Awang Tengah
Awang Tengah bersama warga kerja Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDERN) pada Malam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi kementerian berkenaan. - foto MUDERN
KUCHING: Warga kerja Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDERN) memegang tanggungjawab besar menjadi tunjang utama dalam memastikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) Sarawak dapat dicapai.
Bercakap kepada warga MUDERN pada Malam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi kementerian tersebut, ADUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri itu berkata tanggungjawab berat tersebut harus dipikul bersama.
“MUDERN diberikan tanggungjawab yang berat, untuk menambah pendapatan negeri dalam kita cuba keluar dari kemelut pandemik ini. Sarawak akan melaksanakan banyak projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Beliau menambah, warga MUDERN harus melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi supaya dasar-dasar kerajaan dapat dicapai dan memperkukuh kedudukan Sarawak dalam menuju status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) sehingga berjaya mencatatkan kemenangan bergaya pada pilihan raya negeri baru-baru ini.
“Tahniah saya ucapkan juga kepada YAB Ketua Menteri kita, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengemudi GPS untuk mencatat kemenangan cemerlang ini,” tambah beliau.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah mantan Setiausaha Tetap MUDERN, Datu Zaidi Mahli dan Mantan ADUN Gedong Datuk Naroden Majais.
Topic Berkaitan
#Awang Tengah Ali Hasan
#Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli MUDERN
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Datuk Naroden Majais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan