awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/01/2021
02:06 MYT
Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin
Hussamuddin mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyertai kempen 'Sinar Untuk Malaysia' bagi membetulkan semula karakter, nilai dan moral bangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ramai dalam kalangan umat Islam yang menyumbang kepada keadaan salah faham terhadap agama itu sendiri, di negara ini.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.
My Dear Muslim brothers & sisters, PLEASE start living & practicing the REAL & TRUE (as taught in the Quran & Sunnah) Islamic way of life & preparation for afterlife. Currently many amongst us has been contributing to the misperception of Islam by doing/saying unIslamic things.
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) January 14, 2021
Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyertai kempen 'Sinar Untuk Malaysia' bagi membetulkan semula karakter, nilai dan moral bangsa.
"Sinar Untuk Malaysia ialah sebuah gerakan oleh rakyat, untuk rakyat yang menyayangi negara, untuk uninstall, reformat, reset dan reinstall karakter, nilai, moral bangsa Malaysia.
"Jom kita buat sama-sama sampai jadi! Demi masa depan. Tetapi kena mula dengan reset diri kita sendiri. Saya pun dahulu ya," katanya menerusi Twitter awal pagi ini.
#SinarUntukMalaysia, sebuah Gerakan oleh rakyat, untuk rakyat yang sayangi negara untuk uninstall, reformat, reset & reinstall #KarektorNilaiMoralBangsa Malaysia. Jom kita buat sama2 sampai jadi! #DemiMasaDepan. Tapi kena mula dengan reset diri kita sendiri (saya pun) dahulu ya.
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) January 14, 2021
Hussamuddin menegaskan, semua jenis salah guna kuasa dan rasuah adalah dilarang menurut Al-Quran dan merupakan jenayah kejam di sisi Allah.
"Jadi, hentikan semua ini. Ia haram dan tidak Islamik!"
All forms of corruption & abuse of power are strictly prohibited in the Holy AlQuran. Its heinous crime & a cruelty in the eyes of Allah swt. Condoning it is also as bad. Its HARAM & unIslamic! Stop all these .Reset & reinstall #KarektorNilaiMoralBangsa #SinarUntukMalaysia
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) January 14, 2021
Beliau juga menyeru umat Islam supaya tidak menyalahkan pihak lain, sebaliknya melakukan muhasabah diri dan reset atau betulkan diri sendiri dengan memastikan telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
"Reset? Mulakan secara individu, termasuk saya juga, dengan musahabah diri sendiri dulu. Jangan sibuk tuding salah pihak lain.
"Tanya diri kita sendiri, sudah laksanakan tanggungjawab hakiki kita dengan betul? Barulah boleh reset karakter, nilai, moral bangsa dan mewujudkan Sinar Untuk Malaysia," katanya.
Reset?? Mula,secara individu (saya juga pun ), dengan musahabah diri sendiri dulu.Jangan sibuk tuding salah pihak lain.Tanya diri kita sendiri, sudah laksanakan tanggung jawab hakiki kita dgn betul ker! Baru boleh reset #KarektorNilaiMoralBangsa & ujud #SinarUntukMalaysia
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) January 14, 2021
Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, beliau lantang bersuara kerana mahu memastikan kesejahteraan dan masa depan terjamin buat seluruh rakyat Malaysia.
"Jangan izinkan sistem nilai dan moral bangsa kita terus mereput," tegasnya.
Topic Berkaitan
#karakter nilai moral bangsa
#Al-Quran
#Sinar Untuk Malaysia
#SinarUntukMalaysia
#KarektorNilaiMoralBangsa
#ReSet
#rakyat Malaysia
#Islam
#jenayah
#Rasuah
#rakyat
#haram
#Twitter
#GERAKAN
#Hussamuddin Yaacub
#salah guna kuasa
#tanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan