awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
13:57 MYT
Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM
Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya yang dicari SPRM berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya, Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.
Beliau yang hadir ke kawasan medan selera Seksyen 17 di sini enggan menjawab pertanyaan wartawan yang menunggunya selepas selesai berkempen mengiringi calon Dewan Undangan (DUN) Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun.
“No komen,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Semalam, media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan termasuk Muhammad Adlan, 48, yang juga seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya cuba menghubungi dua lelaki terbabit termasuk seorang peguam bernama Mansoor Saat, 69, secara terus dan menerusi peguam masing-masing namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.
Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei lalu.
Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menantu
#Muhyiddin Yassin
#SPRM
#Muhammad Adlan Berhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan