awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2016
05:52 MYT
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Muhyiddin yang hadir bersama dua peguam serta ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abd Rahman, diambil keterangan selama lebih sejam bermula jam 10.15 pagi hingga 11.50 pagi tadi. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di Bukit Aman, di sini pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen baru-baru ini.
Muhyiddin yang hadir bersama dua peguam serta ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abd Rahman, diambil keterangan selama lebih sejam bermula jam 10.15 pagi hingga 11.50 pagi tadi.
Siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Muhyiddin sebelum ini sudah dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dua minggu lalu, berhubung siasatan yang akan dilakukan ke atasnya.
Selain Muhyiddin, Isnin lepas Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, turut hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen.
Selain mereka, turut dipanggil sebelum ini ialah bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bajet 2017
#Bukit Aman
#Husni Hanadzlah
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan