awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin lawat mangsa banjir di Kota Tinggi

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2021
04:25 MYT
Muhyiddin lawat mangsa banjir di Kota Tinggi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kolej Vokasional Kota Tinggi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat mangsa banjir di Johor hari ini.
Lawatan terhadap mangsa banjir dibuat di dua lokasi iaitu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Laksamana di Kota Tinggi.
Sejurus tiba sekitar jam 12 tengah hari di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi, Muhyiddin dibawa mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa bencana banjir di negeri itu.
Muhyiddin meluangkan masa 15 minit di PPS terbabit dengan beramah mesra dan bertanya khabar mangsa terjejas banjir.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh kemudiannya meyampaikan bantuan dan kotak makanan di dua PPS berkenaan.
Setelah selesai, beliau bersama rombongan bergerak ke lokasi PPS kedua untuk meramah mesra serta menyampaikan sumbangan.
PM @MuhyiddinYassin tiba di Kolej Vokasional Kota Tinggi untuk melawat mangsa banjir yang ditempatkan PPS tersebut pic.twitter.com/tLDL2tpP7l
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 5, 2021
Banjir: Perkembangan banjir di Johor
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan