awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin sertai 'Selawat Mega' bersama rakyat Malaysia secara maya

Bernama
Bernama
18/06/2021
02:18 MYT
Muhyiddin sertai 'Selawat Mega' bersama rakyat Malaysia secara maya
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai program PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai program PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia yang diadakan secara maya bagi memohon kesejahteraan warga di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta seluruh rakyat yang kini berjuang melawan pandemik COVID-19.
Bacaan selawat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Mohd Hashim bersama dua qari Ahmad Tarmizi Ali dan Amir Rahman Abbas di Kompleks Islam Putrajaya.
Perdana Menteri yang mengikuti program itu di Jabatan Perdana Menteri turut disertai ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta rakyat Malaysia termasuk warga di PKRC seluruh negara secara maya yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 8.30 pagi ini.
Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Bacaan selawat itu kemudian diakhiri dengan doa keselamatan oleh Ikmal Zaidi yang antara lain memohon Allah SWT memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada segala penyakit berbahaya serta mendoakan kesejahteraan dan kestabilan negara.
Topic Berkaitan
#PKRC Berselawat
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#maya
#COVID-19
#Kompleks Islam Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan