awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/03/2023
00:45 MYT
Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi bagi berdepan pendakwaan kes rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi.
Beliau yang diiringi beberapa kenderaan polis hadir bagi berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.
Prosiding pada pagi ini dijadual berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Rozila Salleh di Mahkamah Sesyen 1.
Beliau dijangka menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mendapat izin untuk mendakwa seorang Ahli Parlimen.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berdepan enam pertuduhan melibatkan wang dalam akaun milik parti Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.
Ini termasuk dua lagi pertuduhan sebagai Presiden Bersatu yang telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.
Topic Berkaitan
#kes Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin Yassin didakwa
#pengubahan wang haram
#akaun Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan