awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan di pub langgar PKPP

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/08/2020
11:43 MYT
Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan di pub langgar PKPP
Menurut Mukhriz, penahanan anak dan menantunya tidak akan menjejaskan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim. - Gambar fail
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak dan menantunya ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Bakal Presiden Parti Tanah Air (Pejuang) itu berkata, anak dan menantunya bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.
“Memang benar bahawa anak dan menantu saya telah dibawa ke balai (polis) bersama dengan 27 orang yang lain di atas kesalahan melanggar ‘curfew’ PKPP.
“Mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis Kuala Lumpur, mengikut undang-undang yang berkaitan, mereka semua telah dikenakan kompaun RM1,000 dan semua sudah bayar termasuk anak dan menantu saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Mukhriz mengakui terkilan dengan tindakan anak dan menantunya itu.
Kata beliau, nasihat juga telah diberikan kepada ahli keluarganya supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.
“Saya sudah pesan kepada semua keluarga saya juga... musim PKPP ini, janganlah langgar (prosedur operasi standard) kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik... dan itu sebabnya saya memang kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku juga.
“Tetapi kita sudah beri teguran dan memang patut dia kena kompaun oleh pihak polis,” katanya lagi.
Ditanya sama ada pelanggaran SOP itu boleh menjejaskan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mukhriz menegaskan, perkara itu tidak memberi kesan langsung.
“Saya ingat ia tiada kena-mengena. Kalau nak ikut kesan, banyak lagi isu-isu di luar sana yang mungkin menjejaskan peluang calon BN (Barisan Nasional) tetapi kita tak nak kaitkan,” jelasnya.
Mukhriz dalam pada itu enggan mengulas lanjut mengenai dakwaaan anaknya ditahan dalam keadaan mabuk.
“Ada pelanggaran SOP PKPP itu sahaja. Jadi, itu kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak tak berkenaan di luar daripada kenyataan rasmi polis, saya tak layan,” tegasnya.
Selain itu, Mukhriz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana bersikap adil dan tegas dalam mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang melanggar arahan PKPP.
Terdahulu, media tempatan melaporkan anak perempuan Mukhriz ditahan di sebuah kelab malam kerana melanggar PKPP.
Topic Berkaitan
#anak
#ditahan
#langgar kesalahan
#menantu
#Mukhriz Mahathir
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan