awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2021
05:31 MYT
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan yang telah mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa kini dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa hadir tanpa penggiliran bagi negeri Kumpulan A dan B akan bermula pada 8 November ini.
"Pengoperasian bagi negeri Kumpulan A juga bermula pada 8 November 2021 kerana 7 November 2021 adalah cuti tambahan sempena Deepavali yang diperuntukkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi sekolah bawah KPM," memetik kenyataan tersebut.
KPM memahami bahawa kehadiran murid secara penggiliran khususnya bagi murid kelas peperiksaan perlu diteliti dari semasa ke semasa kerana terdapat keperluan untuk mereka membuat persediaan yang secukupnya bagi menduduki peperiksaan. (1/6) pic.twitter.com/s1gOoqkuvt
— Radzi Jidin (@RadziJidin) October 29, 2021
Empat negeri dalam Sekolah Kumpulan A adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sementara Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Ia membabitkan kehadiran pelajar kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) termasuk kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa lain.
KPM turut memaklumkan, bagi institusi pendidikan bawah KPM yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa seperti di Lampiran 1 dan 2, pengoperasian kekal secara penggiliran.
Pelajar Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama sepenuhnya dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) kekal hadir tanpa penggiliran.
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#penggiliran ke sekolah
#vaksinasi lengkap
#pembukaan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan