awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mulakan perangi rasuah dengan tekan 'jerung', bukan 'bilis' - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/01/2024
09:03 MYT
Mulakan perangi rasuah dengan tekan 'jerung', bukan 'bilis' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan warga Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ketika mengadakan lawatan kerja ke PTP Gelang Patah hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mahu memulakan usaha memerangi rasuah di negara ini dengan menekan golongan ‘jerung’ dan bukannya ‘ikan bilis’.
Katanya, beliau juga tidak mahu orang menganggap isu rasuah adalah satu isu yang kecil.
“Orang kalau dia tidak salah, tidak perlu bimbang…kerana siasatan itu teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti kukuh.
“Tetapi janganlah sesetengah orang anggap ini soal pihak tertentu dan sebagainya kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah ada orang yang 'jerung-jerung' besar terlepas.
“Saya tidak mahu mula memerangi rasuah dengan menekan yang di bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Lawatan dan Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah, di sini pada Khamis.
Sementara itu, mengulas mengenai nama besar lain yang mungkin dipanggil, PM Anwar berkata semua itu adalah urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam pada itu, dalam ucapannya di hadapan ratusan kakitangan di PTP, Perdana Menteri menegaskan Malaysia sebenarnya mampu menjadi sebuah negara yang maju.
“Tetapi apa syaratnya? Inilah dasar yang kira sentuh dalam Madani. Apa ciri yang memungkinkan kita untuk diangkat sebagai negara maju dan cemerlang?
“Sudah tentu punya daya tahan untuk mengangkat negara agar dikagumi dunia. Tentunya, ekonomi juga harus mampan. Pengurusan juga harus cekap.
“Amalan lapuk, salah guna, ambil kesempatan, menerima sogokan, kayakan diri dan keluarga…amalan yang telah menyebabkan Malaysia kecundang dalam banyak hal, itu mesti dihentikan,” tegas beliau.
Tambah beliau, bila negara kehilangan berbilion ringgit akibat ‘dicuri’, peruntukan untuk membaiki sekolah, hospital, menyediakan rumah untuk rakyat, semuanya tergantung, angkara salah guna sebegitu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Rasuah
#jerung
#SPRM
#bilis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan