awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid dyslexia saman kerajaan berhubung kebocoran soalan UPSR

Bernama
Bernama
20/10/2014
10:44 MYT
Murid dyslexia saman kerajaan berhubung kebocoran soalan UPSR
Murid berkenaan mengalami stres dan hilang motivasi untuk menduduki semula UPSR.
Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan, Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.
Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 itu berkata, defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.
Katanya, defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.
Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.
Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu.
Topic Berkaitan
#bocor
#dyslexia
#kerajaan
#murid
#saman
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan