awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid tahun empat dipercayai dirogol bapa tiri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/07/2022
10:47 MYT
Murid tahun empat dipercayai dirogol bapa tiri
Seorang murid perempuan berusia 10 tahun dipercayai telah dirogol bapa tirinya dalam kejadian disebuah rumah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang murid perempuan berusia 10 tahun dipercayai telah dirogol bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus, di sini.
Perbuatan terkutuk penganggur berusia 40 tahun itu terbongkar selepas seorang guru menerima maklumat berhubung insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, susulan maklumat itu, guru berkenaan telah membuat laporan polis pada Isnin lalu.
Katanya, bertindak atas laporan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan suspek sekitar pukul 1.50 tengah hari di rumahnya pada hari sama.
"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di mana perbuatan terkutuk dipercayai dilakukan suspek sejak setahun yang lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahim berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan.
Jelasnya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Sementara mangsa, kata beliau, telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.
Topic Berkaitan
#murid tahun empat
#dirogol bapa tiri
#perbuatan terkutuk
#dua rekod jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan