awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mursyidul Am Pas Hashim Jasin perlu pemantauan rapi, doktor tidak benarkan pelawat

Sinar Harian
Sinar Harian
22/02/2026
06:05 MYT
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin perlu pemantauan rapi, doktor tidak benarkan pelawat
Hashim (foto) kini dirawat di HPP dan keadaannya dilaporkan kurang stabil. -Foto fail/Facebook
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, 87, kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas keadaan kesihatannya dilaporkan kurang stabil.
Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, buat masa ini pihak doktor tidak membenarkan sebarang pelawat untuk menziarahi beliau.
“Semalam anak beliau memaklumkan melalui WhatsApp, doktor tidak membenarkan pelawat kerana keadaan kesihatan beliau masih memerlukan pemantauan rapi.
"Jika ada sebarang perkembangan terkini, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, pihak keluarga memohon semua pihak mendoakan agar Hashim diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Beliau berkata, Pas Pulau Pinang akan terus memantau perkembangan kesihatan Hashim dan menghormati privasi keluarga sepanjang tempoh rawatan di hospital.
Terdahulu, anak beliau, Husna Hashim membuat luahan menyentuh hati dan memohon doa orang ramai terhadap bapa kesayangannya yang kini sedang menerima rawatan di HPP.
Husna meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di TikTok yang memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.
Dalam video berasingan di akaun TikTok Husna, beliau memaparkan Hashim yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke HPP bagi menjalani rawatan lanjut.
Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Haron Din pada 16 September tahun sama. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hashim Jasin
#Mursyidul Am Pas
#Hospital Pulau Pinang
#Majlis Syura Ulama
#PAS Pulau Pinang
#Husna Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan