awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa ajak semua rakyat bersungguh-sungguh pertahan keharmonian

Bernama
Bernama
11/12/2017
20:35 MYT
Musa ajak semua rakyat bersungguh-sungguh pertahan keharmonian
Musa turut memberi jaminan mengenai kebebasan beragama dan mengamalkan kebudayaan masing-masing di Sabah. - Gambar fail
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengajak semua lapisan rakyat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan masyarakat Malaysia, khususnya di Sabah, terus hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Kata Musa, kerajaan sememangnya mempunyai komitmen tinggi dalam menegakkan kebebasan mengamalkan budaya dan agama di negeri ini.
"Dalam konteks ini, kerajaan negeri bersama-sama dengan komuniti dan para pemimpin agama sentiasa mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan agama dan budaya," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Krismas Kota Kinabalu 2017 di Padang Merdeka di sini malam Isnin.
Turut hadir Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Majlis Gereja-Geraja Sabah Datuk Melter Jiki Tais dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.
Menurut Musa setiap tahun, Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah gagal mengagihkan peruntukan kepada pihak gereja bagi membiayai projek serta program anjuran badan agama berkenaan dengan niat ikhlas.
Katanya beliau gembira kerana bantuan berkenaan telah memberi kebaikan dan manfaat kepada penerimanya.
Sementara itu Musa turut memberi jaminan mengenai kebebasan beragama dan mengamalkan kebudayaan masing-masing di Sabah.
Menurutnya Sabah boleh berbangga dan menjadi negeri contoh dalam konteks kepelbagaian budayanya yang diraikan pelbagai komuniti menerusi pelbagai sambutan seperti Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Tadau Kaamatan.
Katanya suasana itu merupakan kayu ukur jelas kepada pembangunan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya, aman dan harmoni.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#Malaysia
#Masyarakat
#Merdeka
#Musa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan