awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/12/2018
10:22 MYT
Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional
Mustafar akan memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bermula 2 Januari ini. -Gambar fail
Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan beliau akan memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bermula 2 Januari ini.
Ketua Pengarah Imigresen itu berkata surat arahan tersebut telah dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada beliau pada Isnin.
“Perkara ini telah dinyatakan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah) dalam kenyataan beliau minggu lepas.
“Insya-Allah, gerak kerja baharu ini akan dipikul yang memerlukan gabung jalin tindakan kerana dalam tempat baharu ini akan ada rangkaian kerja dengan agensi penguat kuasa undang-undang yang lain,” katanya pada sidang media Majlis Amanat dan Paluan Berundur di sini pada Isnin.
Hari ini merupakan hari terakhir KP Imigresen @KP_JIM bertugas. Berlangsungnya Majlis Amanat dan Paluan Berundur di JIM Putrajaya. @501Awani pic.twitter.com/oCo4aQuMiY
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 31, 2018
Jelasnya, tugas baharu ini tidak banyak perbezaan dengan apa yang pernah dilalui selama 30 tahun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta lebih dua tahun di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Ada kesamaan melibatkan tugas-tugas seperti di SPRM iaitu bagi menangani jenayah kewangan, melakukan penyiasatan audit, rampasan harta, pengurusan aset dan sebagainya.
“Insya-Allah kita akan sebar luaskan berkenaan skop, fungsi serta peranan NFCC ini selepas saya ke pejabat baharu nanti,” tambahnya.
@KP_JIM umum bakal memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) pada 2 Januari depan @501Awani pic.twitter.com/Fe8af8ytlK
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 31, 2018
Pada majlis itu, beliau menyampaikan amanat kepada pengurusan kanan, pegawai serta anggota JIM yang turut disiarkan secara dalam talian bagi disaksikan pegawai di pejabat-pejabat negeri dan atase seluruh dunia.
Air mata warga @imigresenmy iringi hari terakhir @KP_JIM Tahniah DS Mustafar atas pelbagai pembaharuan dan kejayaan yang dikecapi sepanjang 2 tahun 5 bulan menerajui JIM @501Awani pic.twitter.com/xJ0NeB4k8W
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 31, 2018
Beliau memulakan tugas di JIM pada 1 Ogos 2016 selepas dipindahkan daripada SPRM.
Mustafar memegang jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika krisis kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#Mustafar Ali
#NFCC
#Pusat Jenayah Kewangan Nasional
#SPA
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan