awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19

Bernama
Bernama
29/06/2021
03:36 MYT
Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19
Nadma sentiasa mempertimbangkan apa sahaja pengesahan kematian yang dikemukakan bagi permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 Nadma. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sentiasa mempertimbangkan apa sahaja pengesahan kematian yang dikemukakan bagi permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 Nadma.
Nadma dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk borang permohonan sijil kematian, permit menguburkan atau apa sahaja bentuk dokumen perakuan kematian.
Jelasnya, Sekretariat Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 mengambil maklum akan kesukaran untuk mendapatkan sijil kematian sebagai dokumen sokongan permohonan memandangkan operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang kawalan pergerakan adalah terhad.
"Pemakluman menerusi portal www.nadma.gov.my juga sebelum ini ada menyatakan bahawa walau apa pun pengesahan kematian yang dikemukakan oleh pemohon, pihak sekretariat hanya akan memperaku dan mengesahkan permohonan yang mempunyai rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sahaja," menurut kenyataan itu.
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 Nadma merupakan bantuan 'one-off' sehingga kadar maksimum RM5,000 yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NADMA
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#pengesahan kematian
#permohonan Bantuan Khas
#Pengurusan Kematian COVID-19 Nadma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan