awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAFAS digantung, wujud ketirisan dan urus tadbir lemah

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2018
09:14 MYT
NAFAS digantung, wujud ketirisan dan urus tadbir lemah
Salahuddin Ayub berkata aspek kopetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pengurusannya menjadi sebab ia digantung. -Gambar fail
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) hari ini digantung secara perlembagaan selepas menghadapi masalah serius dalam tadbir urusnya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Salahuddin Ayub berkata aspek kopetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pengurusannya menjadi sebab ia digantung.
“Tujuan penggantungan adalah untuk menambah baik keberkesanan sistem penyampaian NAFAS bagi memastikan NAFAS kembali kepada peranan asalnya iaitu memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.
“Kerajaan melalui MOA dan pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang akan menyusun satu rangka kerja ke arah mengembalikan tadbir urus korporat yang mantap dapat diwujudkan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Jelasnya, NAFAS akan digantung sekurang-kurangnya tiga bulan dan satu laporan siasatan lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh itu.
Tambahnya, jika terdapat sebarang unsur jenayah, laporan akan dibuat kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#MOA
#NAFAS
#Pertanian dan Industri Asas Tani
#Pertubuhan Peladang Kebangsaan
#Salahuddin Ayub
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tadbir urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan