awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib kepada SBY: Kuatkuasakan tindakan lebih berkesan tangani jerebu

Bernama
Bernama
25/06/2013
00:06 MYT
Najib kepada SBY: Kuatkuasakan tindakan lebih berkesan tangani jerebu
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama republik itu supaya menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang menyebabkan masalah jerebu.
Perdana menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.
"Soalnya bukan siapa milik kepada ladang berkenaan tetapi kesalahan yang berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.
Najib berkata negara turut menawarkan kapal terbang water bomber milik Malaysia yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.
"Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil (tanah gambut).
"Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut," katanya.
Najib turut memberitahu solat hajat khas akan diadakan di Masjid Negara esok bagi mendoakan supaya hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu.
Topic Berkaitan
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan