awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lahirkan simpati ekoran banjir di Chennai

Bernama
Bernama
05/12/2015
00:00 MYT
Najib lahirkan simpati ekoran banjir di Chennai
Dilaporkan lebih 90 pelancong dan pelajar Malaysia masih terkandas di hotel dan rumah masing-masing akibat banjir buruk yang melanda Chennai di Tamil Nadu.
Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat India, terutama kepada mereka yang terjejas banjir di Chennai.
Perdana Menteri berkata usaha sedang dilakukan untuk menentukan jumlah rakyat Malaysia yang berada dalam zon banjir itu.
"Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan India untuk mengetahui jumlah rakyat Malaysia di sana," kata Najib dalam akaun Facebooknya. BACA: Banjir Chennai: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat
Beliau berkata rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir itu perlu menghubungi pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Chennai "Untuk maklumat lanjut atau bantuan, terutama rakyat Malaysia yang terjejas banjir di Chennai, sila hubungi bilik gerakan krisis banjir pejabat konsul jeneral di talian +91-44-2433-4434/35/36," katanya.
I express my deepest sympathies to the Government and people of India, especially to those affected by the flood...
Posted by Najib Razak on Friday, 4 December 2015
Dilaporkan lebih 90 pelancong dan pelajar Malaysia masih terkandas di hotel dan rumah masing-masing akibat banjir buruk yang melanda Chennai di Tamil Nadu, yang terletak di bahagian selatan India.
Sekurang-kurangnya 280 orang dilaporkan maut akibat bencana itu.
Topic Berkaitan
#banjir Chennai
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan