awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib rasa pengalaman gempa bumi di Tokyo

Bernama
Bernama
25/05/2015
15:08 MYT
Najib rasa pengalaman gempa bumi di Tokyo
Menurut laporan tempatan gempa bumi itu melanda pada 2:28 petang waktu tempatan pada kedalaman 50km. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di sini hari ini.
Najib sedang menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di aras 4 Palace Hotel apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Tokyo dan kawasan sekitar pada 2.28 petang (1.28 petang di Malaysia).
Siren hotel berbunyi manakala telefon bimbit mereka yang hadir turut membingar apabila gegaran itu dirasai selama 30 saat.
Najib, yang kelihatan tidak terganggu dengan keadaan itu, terus mendengar ucapan Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia, Mikio Sasaki dengan kakitangan keselamatan dan hotel bergegas keluar untuk menyiasat.
Dalam catatan di laman Twitternya, perdana menteri berkata: "Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apapun semua tenang, Alhamdulillah."
Sblm mesy bersama kapten industri td Tokyo dilanda gempa bumi. Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apa pun semua tenang, Alhamdulillah.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 25, 2015
Operasi kereta api bawah tanah terhenti sekejap manakala ramai orang keluar dari bangunan tinggi.
Seorang wanita tempatan yang juga kakitangan di Kedutaan Malaysia di sini berkata pengalaman gempa bumi ini merupakan kali pertama dirasainya tahun ini.
"Selepas gempa bumi besar pada 2011, kami merasai beberapa gegaran namun ini kali pertama tahun ini," katanya.
Menurut laporan tempatan, gempa bumi itu melanda pada 2:28 petang waktu tempatan pada kedalaman 50km.
Gempa bumi itu berpusat di Ibaraki Prefecture, wilayah Kanto di pulau utama Honshu, kira-kira 34km dari sini.
Pihak berkuasa juga menutup kedua-dua landasan di lapangan terbang antarabangsa Narita di sini.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#najib
#razak
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan