awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib telah beri penjelasan 1MDB - YDP Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
21/03/2022
10:50 MYT
Najib telah beri penjelasan 1MDB - YDP Dewan Rakyat
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan-BN), telah memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat beliau mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Dewan Rakyat awal bulan ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan-BN), telah memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat beliau mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Dewan Rakyat awal bulan ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini.
Azhar Azizan berkata beliau telah menerima penjelasan tersebut pada masa dan hari yang ditetapkan pada 10 pagi Selasa minggu lepas.
“Saya telah meneliti penjelasan tersebut dan ia agak tepat. Saya telahpun duduk dengan Yang Berhormat Damansara (Tony Pua) untuk penjelasan yang diberikan, dan saya telah memberikan sedikit masa kepada Yang Berhormat Damansara untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan RSN Rayer (Jelutong-DAP) yang bertanyakan penjelasan Najib mengenai 1MDB, yang sepatutnya diberi minggu lepas.
Namun begitu, sebarang keputusan berkenaan persoalan mengenai 1MDB yang dibangkitkan oleh Najib, akan dibuat setelah mendapat maklum balas yang menyeluruh.
Azhar Azizan berkata perkara tersebut amat rumit, disebabkan oleh butiran-butiran yang terperinci dan spesifik.
“Butiran-butiran tersebut terpaksa saya perhatikan sama ada apa yang diperkatakan itu mengelirukan atau tidak,” tambahnya.
Awal bulan ini, Phua (Damansara-PH) telah mengemukakan usul menuruk Najib kepada Jawatankuasa Khas Pilihan kerana di dakwa cuba mengelirukan Ahli Dewan berkaitan isu 1MDB.
Beliau berkata penjelasan juga telah diberikan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz seperti yang diminta.
“Saya akan beri semua salinan kepada Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Damansara supaya mereka tahu apa yang diperkatakan dan setelah menjawab jawapan daripada Yang Berhormat Damansara, saya akan membuat keputusan,” kata Azhar Azizan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dewan Rakyat
#Najib Razak
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan