awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal di tapak Bazar Ramadan

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2014
11:30 MYT
Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal di tapak Bazar Ramadan
Perdana Menteri melalui laman Twitter ucap takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya pada Isnin.
Berita kematian seorg penjawat awam di Bazar Ramadan Putraya smlm menyedihkan sy. Takziah kpd keluarga Muhammad Kamal Sallehodin. Al-fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 1, 2014
Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, Muhammad Kamal yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Tengku Aina Tengku Ismail dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.
Kata kenyataan itu, Muhammad Kamal meninggal dunia selepas beliau tergelincir dan jatuh ketika cuba melintas longkang di tapak bazar Ramadan Putrajaya semalam pukul 6 petang.
Ujar kenyataan itu, pasukan perubatan tiba sejurus selepas itu dan beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Jelas kenyataan itu lagi, orang ramai yang berada di tempat kejadian telah cuba menyelamatkan Allahyarham namun disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital dan pihak perubatan memberitahu bahawa Muhammad Kamal sudah meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#najib
#Perdana Menteri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan