awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama, gambar Ketua Menteri Melaka disalah guna untuk penipuan

Bernama
Bernama
18/02/2021
13:09 MYT
Nama, gambar Ketua Menteri Melaka disalah guna untuk penipuan
Sulaiman menafikan mesej penipuan menggunakan nama dan profil gambar beliau di media sosial. - Bernama
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini menafikan mesej penipuan menggunakan nama dan profil gambar beliau di media sosial yang tular kononnya mempunyai kaitan dengan dirinya.
Beliau berkata tindakan pihak berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan ia bukan sahaja mencemarkan nama baik serta imej beliau malah menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada pihak yang terpedaya sehingga menjadi mangsa penipuan.
"Saya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama serta profil gambar saya untuk menipu dan memperdaya orang ramai di media sosial.
"Justeru itu, saya menggesa pihak berkenaan segera menghentikan perbuatan terbabit dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang tindakan penipuan yang menggunakan nama dan profil gambar beliau di media sosial.
Hari ini tular di media sosial tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan profil gambar Sulaiman di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon 010-3865922 meminta seorang individu membuat pemindahan wang sebanyak RM4,700 ke satu akaun atas nama individu lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri
#Melaka
#media sosial
#undang-undang
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan