awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namewee akan kemuka representasi kaji pertuduhan miliki dadah, ubat jenis sildenafil

Bernama
Bernama
05/03/2026
05:18 MYT
Namewee akan kemuka representasi kaji pertuduhan miliki dadah, ubat jenis sildenafil
Namewee (foto) didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 1.57 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay pada 4.30 petang, 22 Okt tahun lepas. -Gambar fail
Penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee akan mengemukakan representasi bagi mengkaji dua pertuduhan memiliki dadah dan ubat jenis sildenafil, tahun lepas.
Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memaklumkan kepada Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim bahawa pihaknya akan menyerahkan representasi itu dalam tempoh seminggu.
"Sehubungan itu, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk pihak pendakwaan memaklumkan mengenai representasi tersebut," katanya pada sebutan kes itu hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal.
Atiqah kemudian menetapkan 8 April ini untuk pihak pendakwaan memaklumkan mengenai representasi berkenaan.
Namewee, 43, didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 1.57 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang, 22 Okt tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa memiliki bahan jenis sildenafil berat bersih 0.78 gram di lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 22 Dis tahun lepas, Majistret S.Arunjothy melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya, selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Namewee
#Wee Meng Chee
#kes dadah
#methamphetamine
#sildenafil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan