awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nanta arah bantuan kepada 2 petugas JKR Selangor parah kemalangan

Bernama
Bernama
27/09/2025
11:30 MYT
Nanta arah bantuan kepada 2 petugas JKR Selangor parah kemalangan
Dalam kemalangan itu, seorang bayi maut manakala lapan lagi cedera dan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan supaya bantuan serta sokongan sewajarnya diberikan kepada dua petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, pagi tadi.
Nanta dalam hantaran di Facebook berkata sebelum kemalangan, Mohd Hafizi Anuar dan Aliq Hazua Muhammad Musalal menjalankan tugas penyelenggaraan di bangunan Penjara Kajang.
"Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah selepas kenderaan jabatan yang dinaiki dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami kerosakan brek dalam kejadian berkenaan.
"Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya dan seluruh warga JKR amat bersedih atas insiden ini. Kami mendoakan agar kedua-dua mangsa dikurniakan kesembuhan dan semoga keluarga mereka diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini," katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang bayi yang terkorban dalam kemalangan kira-kira 11 pagi itu.
Dalam kejadian itu, lapan mangsa dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kakitangan JKR
#bayi maut kemalangan
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami