awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nash cedera kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
13:05 MYT
Nash cedera kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan
Vokalis kumpulan Lefthanded itu Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut. - Gambar/ Ihsan pembaca
SEREMBAN: Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.
Katanya, vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki Nash dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.
“Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.
Topic Berkaitan
#Nash
#vokalis kumpulan lefthanded
#cedera
#kemalangan
#SUV
#terbabas
#PLUS
#Seremban
#HTJ
#rempuh tembok penghadang jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan