awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri angkat sumpah ADUN Simpang Jeram

Bernama
Bernama
14/09/2023
02:30 MYT
Nazri angkat sumpah ADUN Simpang Jeram
Nazri mengangkat sumpah sebagai ADUN Simpang Jeram pada Persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar hari ini. - Foto Ketua Pengimbang Johor/Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sambil disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ADUN Johor yang lain.
Terdahulu, Mohd Puad yang juga ADUN Rengit merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub atas pemergian beliau pada 23 Julai lepas.
"Sama-samalah kita doakan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Bagi yang beragama Islam marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, berdiri bertafakur selama satu minit," kata beliau ketika berucap sebelum bermulanya persidangan, hari ini.
Mohd Puad turut mengucapkan tahniah kepada bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat dan Nazri, atas kejayaan masing-masing memenangi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 Sept lepas.
Nazri, 56, memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas S. Jeganathan.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kematian Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#Nazri Abdul Rahman
#angkat sumpah
#ADUN Simpang Jeram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan