awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif 'Water Forward' Bank Dunia tangani krisis air global menjelang 2030
Inspektor rempuh anggota polis trafik diperintah jalani pemeriksaan mental
Malaysia-Australia sokong seruan Pope Leo untuk keamanan sejagat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Islam kecam undang-undang hukuman mati Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat

Bernama
Bernama
02/04/2026
13:18 MYT
Negara Islam kecam undang-undang hukuman mati Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat
Beberapa negara Islam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kuasa pendudukan Israel menggubal undang-undang di parlimennya (Knesset) yang membenarkan pengenalan hukuman mati di Tebing Barat yang diduduki dan pelaksanaannya secara de facto terhadap rakyat Pal
Beberapa negara Islam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kuasa pendudukan Israel menggubal undang-undang di parlimennya (Knesset) yang membenarkan pengenalan hukuman mati di Tebing Barat yang diduduki dan pelaksanaannya secara de facto terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kecaman itu disuarakan oleh menteri-menteri luar dari Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Qatar, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
Mereka menegaskan bahawa perundangan itu merupakan satu peningkatan yang berbahaya, terutamanya memandangkan pelaksanaannya yang bersifat diskriminasi terhadap tahanan Palestin, selain menekankan bahawa langkah sedemikian berisiko memburukkan lagi ketegangan dan menggugat kestabilan serantau.
Menteri-menteri itu turut menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap keadaan tahanan Palestin dalam tahanan Israel, sambil memberi amaran tentang risiko yang semakin meningkat susulan laporan sahih mengenai penderaan berterusan, termasuk penyeksaan, layanan tidak berperikemanusiaan, kebuluran, dan penafian hak asasi.
Mereka menekankan bahawa amalan tersebut mencerminkan corak pencabulan yang lebih luas terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, menteri-menteri berkenaan mengulangi penentangan mereka terhadap dasar diskriminasi perkauman, penindasan dan pencerobohan Israel yang menyasarkan rakyat Palestin.
Mereka turut menggesa agar langkah-langkah yang dikenakan oleh kuasa pendudukan yang berisiko menyemarakkan lagi ketegangan di lapangan dihentikan segera.
Kepentingan memastikan akauntabiliti turut ditekankan selain menyeru usaha antarabangsa diperkukuh bagi mengekalkan kestabilan dan mencegah kemerosotan keadaan yang lebih teruk.
-- BERNAMA-SPA
Topic Berkaitan
#negara Islam
#kecam
#hukuman mati
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan