awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara kehilangan tokoh intelektual agung, Syed Muhammad Naquib al-Attas - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/03/2026
23:43 MYT
Negara kehilangan tokoh intelektual agung, Syed Muhammad Naquib al-Attas - PM Anwar
Anwar mendoakan agar Allahyarham Syed Muhammad Naquib ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta dikurniakan rahmat dan kedudukan tertinggi di sisi Allah. - Foto Facebook Anwar
Perdana Menteri menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh intelektual dan pemikir terkemuka negara Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang disifatkannya sebagai antara pemikir terbesar pada zaman ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ahli falsafah, tetapi tokoh yang mengajak masyarakat menilai bukan sahaja apa yang diketahui, malah tujuan sebenar ilmu itu sendiri.
"Melalui karya-karya penting termasuk 'Islam and Secularism' serta karya agungnya 'Prolegomena to the Metaphysics of Islam' Allahyarham mencabar proses sekularisasi ilmu dan membina asas intelektual kepada pandangan alam Islam.
"Pemikiran Allahyarham bukan sahaja didengari di Malaysia, malah turut memberi kesan besar kepada dunia Islam secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkata, Syed Muhammad Naquib meninggal dunia pada malam ke-19 Ramadan pada usia 95 tahun.
“Ini adalah kehidupan yang dilalui dengan penuh makna dan pemergian yang meninggalkan legasi besar,” katanya.
Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta semua yang pernah menimba ilmu daripadanya.
Beliau turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta dikurniakan rahmat dan kedudukan tertinggi di sisi Allah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Syed Muhammad Naquib al-Attas ahli falsafah
#Tokoh Ilmuwan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan