awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Teluk hantar "amaran terakhir" kepada Iran - Menteri Luar Turkiye

Bernama
Bernama
22/03/2026
05:18 MYT
Negara Teluk hantar "amaran terakhir" kepada Iran - Menteri Luar Turkiye
Menurut Fidan, negara Arab Teluk menyatakan bahawa jika serangan semasa berterusan, mereka akan terpaksa mengambil langkah tindak balas. . - Gambar fail/Bernama

Negara Arab telah menghantar "amaran terakhir" kepada Iran berhubung serangan ke atas wilayah mereka, kata Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Fidan mengadakan lawatan ke rantau itu minggu ini, dan pada Khamis beliau menyertai mesyuarat bersama menteri-menteri luar dari 11 negara, termasuk Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait, dan Jordan.

"Negara Teluk kini berada di bawah serangan sengit. Mereka tertanya-tanya mengapa Iran menyasarkan wilayah mereka, dengan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan peperangan ini. Mereka menyifatkan serangan ini sebagai tidak berasas dan mereka harus bertindak balas.

“Sejak awal lagi, negara ini telah menyatakan bahawa ruang udara dan pangkalan di wilayah mereka tidak akan digunakan untuk serangan terhadap Iran," lapor TRT Haber memetik kenyataan menteri itu.

"Negara Arab Teluk menyatakan bahawa jika serangan semasa berterusan, mereka akan terpaksa mengambil langkah tindak balas. Pada mesyuarat terakhir [di Riyadh], mereka mengeluarkan amaran terakhir mengenai isu ini," tambah Fidan.

Menurut menteri itu, risiko telah meningkat, dan Ankara tidak mahu seluruh rantau tersebut terjerumus ke dalam kancah peperangan jangka panjang, oleh itu ia terus menyediakan asas diplomatik untuk penyelesaian.

Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk Tehran, dengan laporan mengenai kerosakan serta kemalangan jiwa dalam kalangan orang awam. Iran sedang melakukan serangan balas ke atas wilayah Israel, serta ke atas sasaran tentera AS di Asia Barat.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Turkiye
#negara arab
#amaran
#Iran
#serangan balas
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan