awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan tunggal Gabriel lonjak The Cats ke tangga kedua
Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan
Permohonan penggantungan tidak jejas prinsip hak 40 peratus Sabah - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara terlibat akan tempatkan kapal perang bersama AS pastikan Selat Hormuz selamat - Trump

Bernama
Bernama
14/03/2026
15:30 MYT
Negara terlibat akan tempatkan kapal perang bersama AS pastikan Selat Hormuz selamat - Trump
Trump menafikan laporan yang mendakwa lima pesawat pengisi minyak AS telah diserang dan tidak lagi dapat digunakan dalam satu serangan di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi. - Gambar fail/REUTERS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata bahawa negara yang terjejas oleh cubaan Iran untuk menutup Selat Hormuz akan menghantar kapal perang bersama-sama AS bagi memastikan selat itu "kekal terbuka dan selamat," lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan di platform media sosial miliknya, Truth Social, Trump menggesa China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom (UK) supaya menghantar kapal perang untuk mengawal keselamatan di Selat Hormuz.

Trump mendakwa bahawa AS telah memusnahkan "100 peratus keupayaan ketenteraan Iran, tetapi adalah mudah bagi mereka untuk menghantar satu atau dua dron, menggugurkan periuk api, atau melancarkan peluru berpandu jarak dekat di mana-mana sepanjang, atau di dalam laluan air ini, tidak kira betapa teruk pun mereka dikalahkan."

Beliau juga menafikan laporan yang mendakwa lima pesawat pengisi minyak AS telah diserang dan tidak lagi dapat digunakan dalam satu serangan di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi, sambil menyifatkannya sebagai "berita palsu."

"Empat daripada lima pesawat itu hampir tidak mengalami sebarang kerosakan dan telah pun kembali beroperasi," katanya.

Iran telah menyekat sepenuhnya laluan di Selat Hormuz sejak 1 Mac, susulan serangan bersama oleh Israel dan AS terhadap Iran pada 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei. Permusuhan sejak itu semakin memuncak.

Tehran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, yang mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan pada infrastruktur awam.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Selat Hormuz
#kapal perang
#konflik Asia Barat
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan