awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika periksa kipas bot 

Bernama
Bernama
01/04/2026
04:42 MYT
Nelayan ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika periksa kipas bot 
Mayat ditemukan pada 8.07 pagi oleh anggota bomba sebelum dibawa naik ke darat, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Foto JBPM Perak
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika melakukan kerja-kerja pemeriksaan kipas bot di sungai di Pelantar B10, Jalan Tepi Sungai dekat Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.28 petang semalam.
Beliau berkata mangsa dipercayai hilang ketika menjalankan kerja di atas bot, sebelum pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
"Mangsa, Pee Kian Kok, 55, ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini dengan kaedah ‘surface searching’.
"Mayat ditemukan pada 8.07 pagi oleh anggota bomba sebelum dibawa naik ke darat, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan mangsa pada 4.28 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#BBP
#lemas
#mangsa
#baiki
#bot
#tenggelam
#SAR
#Sabarodzi Nor Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan