awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan maut, anggota tentera parah, dua motosikal bertembung di Pantai Remis

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2023
04:00 MYT
Nelayan maut, anggota tentera parah, dua motosikal bertembung di Pantai Remis
Anggota bomba memadamkan api akibat nahas melibatkan dua motosikal di Jalan Pantai Remis. - Foto JBPM
MANJUNG: Seorang nelayan maut manakala seorang anggota tentera parah, apabila motosikal yang mereka tunggang, dipercayai bertembung, di hadapan stesen minyak di Jalan Pantai Remis, dekat sini, pagi ini.
Kemalangan menyebabkan kedua-dua motosikal mangsa terbakar kira-kira 90 peratus.
Kemalangan turut menyebabkan kedua-dua mangsa melecur kira-kira 40 peratus dan Ramli Abdul Hamid, 60, disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.
Menurut Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Akmal Hussin, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.08 pagi.
“Kemalangan melibatkan dua buah motosikal, iaitu sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang nelayan, telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Sport yang ditunggang seorang anggota tentera.
“Kemalangan menyebabkan berlaku kebakaran dan kedua-dua buah motosikal terbakar kira-kira 90 peratus.
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan melecur dan seorang daripadanya telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak ambulan KKM,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
Katanya, mangsa yang cedera, seorang anggota tentera berusia 39 tahun, diserahkan kepada ambulan KKM manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Operasi yang disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis tamat jam 8.48 pagi.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Nahas
#motosikal
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan