awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan nampak buaya heret lelaki hampir reput

Bernama
Bernama
03/07/2019
03:04 MYT
Nelayan nampak buaya heret lelaki hampir reput
Terdapat kesan koyakan seperti gigitan buaya pada mayat berkenaan. - Gambar hiasan
Seorang nelayan yang sedang mencari ketam menemui mayat seorang lelaki hampir reput diheret seekor buaya di sekitar kawasan Sungai Pabong di sini pada 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata ketika kejadian, nelayan tersebut yang berada di dalam perahu bersama adik lelakinya cuba mendekati buaya berkenaan dan mendapati mayat lelaki itu sedang dibaham buaya dan diheret ke lokasi lain.
"Nelayan itu telah meminta bantuan nelayan lain untuk mencari mayat itu dan pada 1.30 petang semalam mayat itu dijumpai di kawasan Sungai Suai bersama dengan buaya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Lim berkata nelayan itu menghalau buaya berkenaan dan kemudian mengikat serta menarik mayat mangsa menggunakan tali ke tebing berdekatan Jambatan Suai.
"Polis telah membuat pemeriksaan awal ke atas mayat di tebing sungai itu dan mendapati mayat tersebut adalah seorang lelaki dewasa tetapi identiti tidak dapat disahkan kerana tiada pengenalan diri ditemui dalam pakaian mangsa," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan tersebut juga mendapati tidak ada kecederaan yang ada kaitan dengan elemen jenayah pada mayat yang memakai seluar panjang hitam dan tali pinggang hitam itu.
Menurutnya, terdapat kesan koyakan seperti gigitan buaya pada mayat berkenaan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata proses pengecaman mayat oleh keluarga yang melaporkan kehilangan seorang anggota keluarga lelaki sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana mereka tidak dapat mengecam seluar serta tali pinggang yang dipakai mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#Hospital
#lelaki
#mangsa
#mayat
#Miri
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan