awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan selamat selepas seminggu hanyut di laut

Bernama
Bernama
30/10/2015
07:58 MYT
Nelayan selamat selepas seminggu hanyut di laut
Kumpulan nelayan terbabit keluar menangkap ikan dari pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat lalu. - Gambar Hiasan
Tiga orang nelayan yang hanyut di Laut China Selatan sejak seminggu lalu ditemui selamat.
Mereka yang berusia antara 26 hingga 30 tahun dan berasal dari Losong dan Batu Enam tiba di pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata mereka keluar menangkap ikan dari pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat lalu.
Katanya bagaimanapun dua hari selepas itu bot mereka mengalami kerosakan enjin serta alat perhubungan mereka tidak berfungsi.
"Susulan kerosakan itu bot mereka dihanyutkan arus hingga berhampiran Pelantar Minyak Dulang B kira-kira 68 batu nautika dari Kuala Terengganu.
"Mereka kemudiannya terserempak dengan sebuah bot yang menghantar bekalan makanan kepada pekerja di pelantar berkenaan," kata Idris dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sebuah bot nelayan kemudiannya menunda bot mereka hingga Pulau Redang kira-kira pukul 9 malam semalam sebelum bot mereka dibaiki dan mereka bergerak pulang ke jeti Losong.
Topic Berkaitan
#Idris Abd Rafar
#lemas
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan