awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek, bapa saudara ditahan dera cucu berusia lebih setahun

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
05/12/2019
12:08 MYT
Nenek, bapa saudara ditahan dera cucu berusia lebih setahun
Nenek dan anak lelakinya ditahan polis kerana disyaki mendera cucu perempuannya di Sibu.
Seorang nenek bersama anak lelakinya ditahan polis kerana disyaki mendera cucu perempuannya berusia lebih setahun.
Perbuatan kejam dua beranak itu terbongkar selepas ibu mangsa membawa kanak-kanak malang tersebut mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada jam 11 pagi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sehari sebelum itu, ibu mangsa telah membawa anaknya ke sebuah klinik untuk menimbang berat tetapi doktor yang memeriksa kanak-kanak itu meminta mangsa dirujuk ke Hospital Sibu selepas mendapati terdapat kesan luka pada bibirnya.
"Setelah dibawa ke Hospital Sibu mangsa didapati mengalami patah tulang kaki kanan, patah tulang tangan kiri, kesan luka di muka dan leher serta koyak kulit di dalam mulut dan luka bibir.
"Hasil laporan yang dibuat pada Isnin lalu, polis telah menahan nenek mangsa berusia 50-an dan bapa saudaranya berusia 30 tahun disyaki terlibat mendera kanak-kanak malang itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Stanley berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik, manakala ibu bapanya telah bercerai pada Julai lepas.
Katanya, mangsa dijaga oleh neneknya sejak lahir kerana ibunya terpaksa bekerja di sebuah kilang.
Beliau menambah, ibu mangsa menyedari kecederaan dialami anaknya tetapi hanya dimaklumkan mangsa terjatuh dari katil.
"Kedua-dua suspek yang kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Topic Berkaitan
#dera
#Hospital Sibu
#nenek
#Nenek dera cucu
#Sibu
#Stanley Jonathan Ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan