awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Newcastle benam ego United, lebur rekod bersih Carrick

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2026
00:04 MYT
Newcastle benam ego United, lebur rekod bersih Carrick
William Osula (kiri) dan Sean Neave meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan EPL antara Newcastle United dan Manchester United, di Newcastle, England, 4 Mac 2026. (Foto AP)
PEMAIN gantian, William Osula meledak gol kemenangan dramatik pada penghujung perlawanan untuk memastikan 10 pemain Newcastle United menumbangkan pasukan di prestasi terbaik, Manchester United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.
Keputusan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Michael Carrick yang menggalas tugas sebagai pengurus sementara (interim) kelab berkenaan.
Walaupun terpaksa beraksi sepanjang separuh masa kedua dengan kekurangan seorang pemain, Newcastle cemerlang mengejutkan skuad pelawat yang menduduki tangga ketiga liga itu menerusi gol solo menakjubkan Osula tepat sebelum wisel penamat ditiupkan.
Kekalahan tersebut menyaksikan The Red Devils kini ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan tangga kedua, Manchester City yang sekadar diikat 2-2 di laman sendiri menentang kelab bergelut, Nottingham Forest dan masih kekal berkongsi 51 mata bersama Aston Villa.
Terdahulu, rentak perlawanan berubah dalam 10 minit masa kecederaan babak pertama.
Insiden bermula apabila Jacob Ramsey dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang pada minit ke-45+1 selepas pengadil mendakwanya sengaja berlakon merebahkan badan.
Lima minit berselang, Anthony Gordon berjaya memenangi sepakan penalti selepas insiden pertembungan dengan kapten United, Bruno Fernandes.
Gordon tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan Newcastle 1-0 di hadapan, mencatatkan rekod jaringan penalti kesembilan berturut-turutnya tanpa gagal setakat musim ini.
Bagaimanapun, sebelum wisel separuh masa dibunyikan, Fernandes menebus kesilapannya menerusi hantaran sepakan percuma yang disudahkan dengan tandukan kemas Casemiro untuk gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, meskipun memiliki kelebihan jumlah pemain, skuad bimbingan Carrick bergelut untuk mempamerkan taring mereka pada babak kedua.
Malah pada satu ketika, pelawat lebih kelihatan seperti pasukan yang beraksi dengan 10 pemain tatkala skuad The Magpies terus agresif mengasak memburu gol kemenangan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Newcastle United
#Manchester United
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan